Ratu Elizabeth II mangkat akibat sakit tua

0
9

LONDON – Kemangkatan Ratu Elizabeth II adalah disebabkan sakit tua.

Sebab tersebut diumumkan menerusi pendedahan sijil kemangkatan baginda, hari ini, menurut laporan Sky News.

Menurut salinan sijil yang dikeluarkan oleh Pendaftar Agung Scotland, Paul Lowe, kemangkatan baginda didaftarkan di Aberdeenshire pada 16 Sept lalu.

Sijil tersebut ditandatangani oleh anakanda baginda, Puteri Anne.

Baginda mangkat pada 8 Sept di kediaman rasmi baginda di Istana Balmoral, Scotland.

Berikutan kemangkatan baginda, takhta United Kingdom kini dipegang oleh anakanda sulungnya, Raja Charles III yang akan ditabalkan pada musim bunga atau musim panas 2023 selepas tamat tempoh berkabung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here