Ratu Elizabeth II mangkat

0
117

LONDON – Ratu Elizabeth II dilaporkan mangkat di kediaman peribadi baginda di Istana Balmoral, Scotland.

Berita kemangkatan baginda diumumkan oleh Istana Buckingham menerusi satu kenyataan ringkas, sebentar tadi.

Takhta England kini diduduki oleh waris baginda, Raja Charles.

“Baginda Ratu mangkat dengan penuh tenang di Balmoral petang ini (waktu tempatan).

“Raja (Charles) dan Permaisuri akan terus berada di Balmoral dan akan kembali ke London esok,” kata kenyataan ringkas itu.

Sementara itu, laporan Sky News menyebut, sebelum kemangkatan baginda diumumkan, kediaman peribadi tersebut sudahpun dipenuhi oleh kerabat diraja England.

Antara yang hadir termasuk putera dan puteri baginda, Raja Charles dan permaisuri, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward; serta cucunda baginda, Putera William dan Putera Harry.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here