RM2 bilion untuk akses pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 

0
15
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukan RM2 bilion bagi menyediakan akses pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan eksport agromakanan negara.

Kemudahan Pertanian Pemakanan (AF) yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM500 juta menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 bilion.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kemudahan yang disediakan dengan had pembiayaan sebanyak RM5 juta ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.75 peratus setahun bersama tempoh pembiayaan sehingga 8 tahun.

Gambar Hiasan

“Pembiayaan ini termasuklah bagi perbelanjaan modal, pembangunan projek agromakanan dan modal kerja

“Setakat 6 Julai 2022, terdapat 2,892 (3,020 sebelumnya) permohonan di mana 2,268 permohonan telah berjaya diluluskan bernilai RM1.784 bilion,” katanya

Beliau berkata demikian dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-109 yang dikeluarkan hari ini.

Tambahnya lagi, kerajaan akan terus memacu pemodenan sektor pertanian dalam usaha untuk meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan serta menjana pendapatan lebih tinggi dan menarik lebih ramai generasi muda agropreneur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here