Selebriti lelaki ditahan kes amang seksual fizikal

0
31
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan reman seorang selebriti selama enam hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Dia yang berusia 40-an ditahan polis semalam, dan dibawa ke Mahkamah Klang hari ini untuk permohonan tahanan reman, memetik laporan Harian Metro.

Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa remaja yang mendakwa mangsanya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Kesemua remaja itu dikenali suspek dan dia dipercayai menggunakan kaedah memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

“Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis,” katanya kepada portal berita itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here