SPRM Melaka tahan pengarah fasiliti universiti awam didakwa terima rasuah

0
29

MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka hari ini menahan seorang pengarah bahagian pengurusan fasiliti sebuah universiti awam di sini, atas dakwaan menerima suapan.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira pukul 3 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.

“Lelaki berkenaan ditahan atas dakwaan menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 i-vtec yang dianggarkan bernilai RM174,500 daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350.

“Dia ditangkap bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” kata Mohd. Shahril dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here