SPRM tahan pegawai MBSA, kontraktor

0
18

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan tiga individu dipercayai berhubung projek kerajaan negeri Selangor.

Laporan Bernama menyebut, perkara itu disahkan oleh Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim.

Katanya, dua yang ditahan merupakan pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) manakala seorang lagi adalah seorang kontraktor.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, pihaknya masih menunggu laporan SPRM dan tidak dapat mengesahkan sama ada penahanan itu berkait projek tebatan banjir sebagaimana dilapor sebuah portal, hari ini.

Menurut Zamani, projek itu ketika ini masih di peringkat perbincangan dengan kerajaan negeri dan belum dimulakan.

Beliau juga tidak dapat memastikan sama ada SPRM membawa keluar beberapa fail dari premis berkenaan ketika serbuan dipercayai dibuat SPRM di Wisma MBSA, Shah Alam, Isnin lepas.

“Pada ketika itu, semua pegawai kanan berada di luar menghadiri dialog bajet, ada yang kata serbuan tapi saya tak dapat mengesahkan perkara itu kerana tidak berada di sana dan tidak mendapat apa-apa maklumat daripada SPRM lagi,” katanya kepada Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here