Tahap kesihatan teruk, Najib terpaksa dihantar ke hospital

0
24
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dihantar ke hospital pada pada jam 2 petang ini kerana keadaan kesihatannya dilaporkan agak teruk.

Timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram memaklumkan kepada hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah bahawa perbicaraan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib hari ini terpaksa ditangguhkan awal kerana keadaan kesihatan bekas perdana menteri itu.

Menurut Sri Ram, seorang pegawai Penjara Kajang memaklumkan kepada pihak pendakwaan bahawa perkara itu berkaitan dengan ubat tekanan darah Najib yang telah diubah.

“Saya dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa ubat tekanan darah tinggi tertuduh ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya.

“Bagaimanapun, dia boleh bertahan untuk berada di mahkamah dalam prosiding ini sehingga jam 12.30 tengah hari dan selepas itu perlu bersiap untuk dirujuk ke hospital pada jam 2 petang ini,” katanya memetik laporan BH Online.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here