‘Takkanlah saya nak pukul orang betul-betul, saya cuma nak buka minda usahawan’ – kata Rosyam Nor

0
25
Datuk Rosyam Nor bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun ketika mempromosikan program Wanita Bangkit.

CYBERJAYA – Pelakon, penerbit dan usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau tidak berhasrat menjatuhkan martabat wanita seperti yang disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, video yang tular memaparkannya bercakap dalam nada kasar dan keras ketika mempromosikan program Wanita Bangkit di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM) hanya untuk membuka minda usahawan wanita supaya dapat bangkit semula.

“Apabila saya kata ‘belasah kepala korang’ tu, takkanlah saya nak pukul betul-betul. Dari segi psikologi, saya nak apa yang saya cakap tu membuka minda orang ramai.

“Perkataan belasah kepala yang saya sebut tu sebenarnya bertujuan ‘mencuci’ otak. Saya memang agak kasar tapi bukan kurang ajar. Jadi, tak timbul isu saya menjatuhkan martabat kaum wanita,” katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Pada masa sama pemilik nama penuh Mohamed Noor Shamsuddin itu mencadangkan pihak yang mengecamnya agar terlebih dulu menonton video keusahawanan yang dimuat naik pada saluran YouTube miliknya.

Kata pelakon berkenaan, kaedah ‘cuci otak’ itu sudah biasa diguna pakai olehnya sebelum ini sebagai daya penarik untuk menanam minat orang ramai agar cintakan semangat keusahawanan.

“Tolong tonton Suhan Channel. Tengok video keusahawanan yang saya buat. Takkanlah nak cakap begini: ‘Mari ramai-ramai hadirkan diri…’ Saya yakin takkan ada orang nak datang kalau promosi dibuat begitu,” katanya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan Rina bersama pegawai KPWKM berada di belakang pelakon dan juga usahawan, Rosyam Nor yang mempersendakan golongan wanita dengan menggunakan ayat kurang sopan seperti “suka bangun lambat”, “wanita semua lambat”, “aku nak belasah kepala korang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here