Tarikh PRU-15 masih belum dibincangkan – tegas Mahdzir

0
6
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sambil diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Selangor dalam satu majlis di sini, hari ini. Kredit foto – Najmi Zulkefle

PUTRAJAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tiada lagi perbincangan dilakukan mengenai tarikh khusus bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, tarikh bagi PRU-15 adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dan masih belum ditentukan.

“Kita tak pernah bincang tarikh dengan Perdana Menteri jadi biarlah beliau yang putuskan dan kalau dah putuskan kita ikut sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Selangor di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 212 anggota JPKKP negeri Selangor dari pelbagai kampung menerima watikah pelantikan tersebut.

Yang hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Sementara itu,sebanyak RM1,668,400 diperuntukan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membiayai kos pembayaran elaun kepada anggota JPKKP.

Kata Mahdzir, elaun bulanan yang diterima adalah sebanyak RM900 sebulan untuk Pengerusi, RM300 untuk Setiausaha manakala RM100 untuk elaun pengurusan mesyuarat dan RM50 untuk elaun kehadiran mesyuarat kepada setiap anggota yang hadir ke mesyuarat

Mengulas lanjut, beliau juga mengingatkan Pengerusi JPKKP untuk menjalankan amanah dengan menitikberatkan faktor kebersihan, kesihatan, pendidikan dan keusahawanan di kampung masing-masing.

“Anggota JPKKP perlu bersikap proaktif dan boleh berfikiran jauh dalam mentransformasikan kampung supaya menjadi tempat yang selesa untuk didiami dan penduduk setempat boleh menjana pendapatan tanpa perlu berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here