Tiada sampel produk kicap soya dikesan mengandungi sulfur dioksida

0
8
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan tiada sampel produk kicap soya termasuk Kicap Soya Manis berjenama ABC yang diharamkan di Singapura mengandungi sulfur dioksida.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, produk termasuk masih dibenarkan dijual di negara ini kerana mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Keputusan itu dibuat selepas produk berkenaan melepasi prosedur Tahan Uji Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara sejak 2021.

“Melalui semakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), pihak mereka mengesahkan produk Kicap Soya Manis dan Sambal Ayam Goreng jenama ABC tersebut turut diimport ke negara ini.

“Manakala pemantauan yang dijalankan di semua pintu masuk negara dan di pasaran tempatan dari Jun 2021 sehingga kini, tiada sampel produk kicap soya termasuk kicap soya ABC dikesan mengandungi sulfur dioksida,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak Berkuasa Makanan Singapura (SFA) pada Jun lalu telah menarik semula produk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng berjenama ABC dari pasaran susulan produk berkenaan mengandungi bahan alergen iaitu sulfur dioksida yang tidak diisytiharkan atau dilabel pada pembungkusan.

Dr. Noor Hisham berkata, arahan pelabelan semula atau arahan untuk dihantar semula ke negara asal turut dikeluarkan sekiranya tidak mematuhi keperluan pelabelan termasuk pelabelan sulfur dioksida.

Beliau berkata, sulfur dioksida diklasifikasikan sebagai bahan pengawet yang dibenarkan dalam makanan tertentu dan pada paras tertentu di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kepekatan yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan kesan alergik kepada sesetengah individu yang mengidap Lelah atau Asma apabila terhidu atau tertelan.

“Kandungan sulfur dioksida melebihi 10mg/kg hendaklah diisytiharkan atau dilabelkan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here