Tidak mahu pengundi keliru warna biru, Pas bawa cadangan pakai logo sendiri dalam mesyuarat

0
24
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR – Cadangan Pas untuk menggunakan logo sendiri di tiga negeri yang dikuasainya sekarang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas akan membawa perkara itu ke mesyuarat akan datang.

“Kalau belum dimuktamadkan penggunaan logo itu, sebab ada negeri yang mohon nak pakai logo Pas iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah, kami akan bawa pada perbincangan akan datang.

“Tujuannya kami tidak mahu pengundi keliru dengan warna biru,” katanya memetik laporan Bernama.

Terdahulu beliau menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) ke-63 sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 di sini.

Sebelum ini di Konvensyen PN, perwakilan dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang Pas dapat digunakan di negeri berkenaan pada PRU15.

Perwakilan tersebut berkata perkara itu perlu dipertimbang mengambil kira senario politik di pantai timur berbeza berbanding peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun Muhammad Sanusi berkata ia terpulang kepada keputusan mesyuarat yang akan diadakan nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here