Tonton perlawanan Harimau Malaysia vs Tajikistan di Malakat Mall esok

0
152

CYBERJAYA – Para penyokong Harimau Malaya dijemput menghadiri majlis tontonan perlawanan akhir bola sepak di antara pasukan negara menentang Tajikistan di di Malakat Mall, malam esok.

Esok, Harimau Malaya akan bertemu pasukan Tajikistan dalam perlawanan akhir King’s Cup 2022 yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada pukul 9.30 malam.

“Kita sudah sediakan ruang tontonan di ruang legar luar Malakat Mall, kita sudah dirikan layar besar dan kawasan yang selesa untuk menonton perlawanan bola sepak.

“Jadi, saya ingin mengajak kesemua penyokong Harimau Malaya yang berdekatan supaya datang memeriahkan majlis tontonan tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Hilmi Ismail hari ini.

Pasukan negara layak ke perlawanan akhir setelah menewaskan pasukan tuan rumah Thailand menerusi sepakan penalti dengan keputusan 5-3.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa penuh perlawanan.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan negara berjaya ke perlawanan akhir kejohanan ini adalah pada tahun 1978, menentang Singapura yang berkesudahan dengan keputusan kalah 2-3.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here