Ulama besar Prof. Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

0
104

CYBERJAYA – Ulama tersohor dunia kelahiran Mesir, Prof Yusuf al-Qaradawi dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita pemergian Allahyarham diiumumkan menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, @alqaradawy

“Telah berpulang ke Rahmatullah Syamahatul Imam Yusuf al-Qaradawi yang telah mewakafkan hidupnya untuk menjelaskan hukum-hukum Islam dan membela umatnya.”

Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut dikongsi pentadbir akaun media sosial itu mengenai pemergian Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu.

Dilahirkan pada pada 9 September 1926, Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Qatar, tempat beliau tinggal dalam buangan berikutan penggulingan tentera kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.

Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here