Wanita parah ditikam, ditetak kerana enggan teruskan hubungan cinta

0
34

CYBERJAYA – Hanya kerana mahu memutuskan hubungan cinta, seorang wanita parah ditikam dan ditetak teman lelakinya dalam satu kejadian dsebuah pangsapuri dekat Masai, Pasir Gudang, semalam.

Laporan portal Berita Harian menyebut, kejadian yang berlaku pada pukul 12 tengah hari itu hanya disedari pengawal keselamatan selepas terdengar jeritan mangsa.

Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata, pengawal keselamatan memaklumkan terdengar pergaduhan di unit kediaman itu dan ketika membuat pemeriksaan, mendapati suspek memegang pisau dengan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

“Polis berjaya berjaya menahan suspek berusia 30 tahun yang juga pemandu e-panggilan di lokasi sama, pada pukul 1 tengah hari kejadian kerana menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa.

“Mangsa luka di muka, lengan dan pergelangan tangan, selain cedera ditikam di bahagian rusuk. Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sohaimi berkata, siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan mereka.

Katanya lagi, polis turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter yang digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman enam hari bermula hari ini hingga 6 September selepas permohonan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Khalida Farhana Abu Bakar, di Mahkamah Majistret, hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here