Warga emas maut dilanggar suami sendiri

0
30
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Seorang warga emas maut dilanggar kereta yang dipandu suaminya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Bukit Tukang Jusoh di Sungai Petani, Kedah siang tadi.

Laporan Harian Metro menyebut, Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan sebagai berkata, berkata kemalangan yang berlaku pada pukul 3.10 petang itu terjadi apabila suami mangsa menghidupkan enjin kereta dalam keadaan bergear.

Akibat kejadian, mangsa berusia 69 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam badan.

Terdahulu, kata Zaidy, pasangan warga emas berkenaan menghadiri sebuah kenduri kahwin di kampung berkenaan.

“Selesai menghadiri kenduri, mereka bersiap untuk pulang ke rumah di Kampung Telok Amboi.

“Suami mangsa yang berusia 76 tahun kemudian menghidupkan enjin kereta yang masih dalam keadaan bergear menyebabkan kenderaan terbabit bergerak ke hadapan dan melanggar isterinya,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here