YPM sampai bantuan persekolahan bernilai RM23,700 kepada 237 murid

0
24
Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob beramah mesra bersama pelajar yang menerima bantuan persekolahan YPM hari ini.

KOTA SAMARAHAN – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM23,700 yang memanfaatkan seramai 237 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Simunjan dan Samarahan di sini hari ini.

Sumbangan bantuan persekolahan itu disampaikan oleh Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob dalam Program Penyerahan Bantuan Persekolahan YPM kepada para pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Beliong, Sekolah Kebangsaan (SK) Sebuyau Esengei, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hajah Laila Taib dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chuang Hua Beliong di SK Sebuyau Esengei, Simunjan.

Mohd Razman berkata, bantuan persekolahan berbentuk wang tunai bernilai RM100 bagi setiap pelajar itu diharapkan dapat membantu mereka terutamanya di kalangan keluarga B40 bagi meringankan beban kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan kelak.

“Sumbangan bantuan persekolahan yang disalurkan kepada pelajar memerlukan ini
juga diharap dapat menyuntik semangat mereka untuk terus cemerlang dalam pembelajaran dan berjaya pada masa hadapan.

“YPM sentiasa komited untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan golongan
B40 supaya tidak terpinggir dalam arus pendidikan yang semakin moden dan
mencabar pada masa kini,” katanya kepada media.

Untuk rekod, YPM telah melaksanakan bantuan persekolahan di seluruh negara sepanjang tahun 2021 dengan melibatkan seramai 56,798 pelajar menerima manfaat dengan nilai sumbangan sebanyak RM3,814,938.

Bagi tahun ini sehingga kini, nilai sumbangan sebanyak RM1,449,089.80 memanfaatkan seramai 14,415 pelajar manakala untuk penerima manfaat keseluruhan negeri Sarawak bagi tahun ini adalah seramai 401 pelajar dengan nilai sumbangan sebanyak RM50,500.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here