Menantu Hadi Awang sanggah Muhyiddin, tegaskan PH dan DAP musuh utama

0
75
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) dan Bekas ahli Majlis Syura Ulama Pas, Zaharudin Muhammad.

KUALA LUMPUR – Bekas ahli Majlis Syura Ulama Pas, Zaharudin Muhammad, menegaskan Pakatan Harapan (PH) dan DAP sebagai musuh utama Pas.

Kenyataan tersebut adalah susulan daripada ucapan yang dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama mereka, semalam.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, PH dan DAP adalah musuh nombor satu negara.

“Jangan lupa bagaimana pengaruh DAP dalam sistem ekonomi waktu 22 bulan, penjawat awam ditekan, dihina konon makan gaji buta, nak dipotong elaun. Paling penting manifesto gagal kerana ia bukan kitab suci.

“Di samping memperkuhkan kedudukan bersama PN, kami juga perkukuhkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) sebagai rakan strategik demi menjatuhkan PH terutamanya di Selangor.

“Jika Pas membuat keputusan bersama PH lawan BN, kami daripada kawasan-kawasan akan buat usul bantahan kepada Pas Pusat,”katanya.

Tambahnya lagi, jika ada kepimpinan Pas yang cenderung ke arah PH, maka penggal ini adalah penggal terakhir buatnya.

“Insya-Allah, Muktamar tahun depan “dia” akan saksikan penghinaan ahli-ahli. Kita dah lalui perang lawan jebon, mudah untuk laluinya untuk kali kedua,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Muhammad, sebagai ‘perosak’ ekonomi dan sistem keadilan di Malaysia.

Katanya, Mahathir adalah punca rakyat banyak berhutang apabila dasar penswastaan dibuat.

“Pelajar terpaksa berhutang PTPTN bila pendidikan diswastakan, satu per tiga pendapatan bulanan rakyat habis kepada bayar hutang rumah dan kenderaan akibat polisi “land equisition act” dan kadar cukai yang sangat tinggi atas kenderaan.

“Bebanan ini bermula dari dasar ekonomi Tun M, ibarat sembelih angsa bertelur emas. Dia juga bapa AP (Approved Premit) menjadikan perniagaan dimonopoli oleh kroni yang sebahagian besarnya bukan bumiputera. Lepas itu hina pulak Melayu malas. Pembunuh rakyat Memali,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here