149 maut dalam rempuhan Pesta Halloween di Korea

0
40
Tangkap layar video rempuhan di Itaewon, Korea Seatan malam tadi.

SEOUL – Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh dalam rempuhan ketika perarakan sambutan Halloween di daerah Itaewon, ibu kota negara ini, malam tadi.

Kebanyakan mangsa terdiri daripada remaja dalam lingkungan usia 20-an manakala 65 lagi cedera.

Media antarabangsa melaporkan, rempuhan berlaku selepas puluhan ribu orang bersesak di lorong berhampiran hotel dan pusat hiburan malam di situ.

Ketua Balai Bomba Yongsan, Choi Sung-beom berkata, sembilan belas daripada yang cedera berada dalam keadaan serius dan menerima rawatan kecemasan,

Menurutnya, jumlah kematian mungkin meningkat kerana masih ramai yang dirawat berada dalam keadaann kritikal.

Sambutan itu merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik sekatan Covid-19 dan penjarakan sosial.

Beberapa saksi menyifatkan orang ramai menjadi semakin tidak terkawal.

“Sebilangan orang rebah semasa perayaan Halloween, dan kami mempunyai sejumlah besar korban,” kata Choi.

Moon Ju-young, 21, berkata, terdapat tanda-tanda jelas untuk mengatakan berlaku masalah di lorong tersebut sebelum kejadian.

“Jumlah orang ramai yang bersesak di kawasan itu dianggrakan lebih 10 kali sesak daripada biasa,” katanya.

Rakaman media sosial menunjukkan beratus-ratus orang berkerumun di lorong sempit yang menyukarkan operasi menyelamat oleh pasukan kecemasan.

Rakaman turut menunjukkan adegan huru-hara pegawai bomba dan orang awam merawat berpuluh-puluh orang yang tidak sedarkan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here