19 November dipilih tarikh mengundi PRU15 – SPR

0
69
SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022 sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang, Perlis dan Bugaya, Sabah. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November ini.

Katanya, bagi pengundian awal pula, tarikh 15 November 2022 dipilih dan tempoh berkempen bagi PRU15 adalah 14 hari.

Mengulas lanjut, katanya, seramai 21,173,638 pengundi layak mengundi berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Okt 2022.

Pilihan Raya Umum kali ini melibatkan 222 kerusi Dewan Rakyat, serta 42 kerusi DUN Pahang, 15 kerusi DUN Perlis, dan 59 kerusi DUN Perak.

Pada masa yang sama, PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU15 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here