2 orang patah kaki lif jatuh dari tingkat 8

0
32
Salah seorang mangsa yang diselamatkan oleh pasukan bomba selepas lif di sebuah kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields di sini jatuh dari tingkat lapan

KUALA LUMPUR – Dua individu patah kaki manakala empat lagi selamat selepas lif yang dinaiki di sebuah kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields di sini jatuh dari tingkat lapan malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.52 malam itu, sebanyak 11 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan bagi membantu mangsa di lokasi kejadian.

Kata beliau, sebaik sahaja tiba di lokasi pukul 10.12 malam, terdapat lif di blok berkenaan yang terjatuh dari tingkat lapan

“Enam individu berada di dalam lif terbabit ketika kejadian itu yang terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

“Dalam kejadian ini, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki patah kaki. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi itu tamat sepenuhnya pukul 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here