3 negeri di bawah PH tidak akan bubar awal – Anwar

0
18
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim

CYBERJAYA – Tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak akan dibubarkan jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi memberi laluan kepada pemimpin di negeri itu untuk fokus kepada kebajikan rakyat yang kini menghadapi banjir.

“Keputusan mesyuarat Majlis Presiden hari ini, ketiga-tiga negeri yang dipimpin PH akan menumpukan perhatian menangani permasalahan banjir dan meringankan beban mangsa yang terpaksa menghadapi bencana banjir.

“Oleh demikian, mereka tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir. Mereka ada ruang menetapkan pembubaran DUN selepas itu. Mereka takkan bersama kerajaan Persekutuan seandainya PRU diadakan semasa banjir,” katanya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here