6 kenderaan rosak teruk ditimpa air tangki

0
19
Keadaan sebuah kenderaan yang rosak teruk akibat kejadian tersebut semalam

PUCHONG – Sebanyak enam kereta dilaporkan rosak teruk akibat ditimpa serpihan tangki air yang pecah di pangsapuri Blok B, Penaga Mas, Taman Mas, Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangki air di tingkat atas pangsapuri itu dilaporkan pecah pada jam 7.15 petang dengan ketinggian 18.5 meter.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya kerosakan harta benda sahaja.

Katanya, bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor juga sudah disalurkan bagi membantu 172 pemilik rumah yang terkesan di pangsapuri itu.

“Penduduk yang berhadapan kerosakan harta benda dan kenderaan diminta hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi tuntutan insurans,” katanya memetik laporan BH Online.

Semalam tular dalam media sosial apabila air daripada tangki yang pecah itu turun mencurah sehingga mengenai beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir pansapuri berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here