Agong titah PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat

0
30
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalankan kuasa perogatif mengikut Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, secara bijaksana menzahirkan harapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diadakan dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi afidavit sokongan yang difailkan Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak semalam berkata, tempoh itu sebelum monsun timur laut yang diramal bermula pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, perkara itu menunjukkan sifat keprihatinan dan cakna Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira faktor kebajikan rakyat, walaupun bukan suatu keperluan mengikut Perkara 55(2) dan 40 Perlembagaan Persekutuan untuk berbuat demikian.

Katanya, kuasa baginda untuk membubarkan Dewan Rakyat mengikut dua perkara itu suatu yang tidak boleh diadili dan tidak boleh dipertikai di mahkamah.

“Hal ini demikian kerana kuasa untuk membubarkan Parlimen suatu kuasa perogatif baginda di bawah dua perkara terbabit.

“Ia yang mana boleh mengikut budi bicara membubarkan Parlimen tanpa perlu mendapatkan nasihat daripada Jemaah Menteri di bawah Perkara 40(1) dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya sesungguhnya percaya isu berkenaan permintaan itu dibuat tanpa nasihat Jemaah Menteri bersifat akademik kerana baginda sudah memperkenan permintaan dan seterusnya membubarkan Parlimen.

“Proses mahkamah dalam undang-undang bukan bermaksud untuk ke arah tujuan berpolitik atau terselindung dan untuk alasan in sahaja, tindakan saman hendaklah dibatalkan,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Pada 11 Oktober lalu, penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago, selaku plaintif menfailkan saman pemula terhadap Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan, susulan pembubaran Dewan Rakyat yang dibuat Perdana Menteri pada 10 Oktober lalu.

tidak ada tujuan lain, ada tuduhan SPRM pergilah siasat apa yang ada di sana (KPM),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here