Abang Viva umum sudah berdamai dengan keuarga

0
24
Azwan Omar yang lebih dikenali sebagai Abang Viva kerana sering menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negara ini.

CYBERAYA – Perselisihan faham membabitkan Abang Viva atau Azwan Omar dengan ahli keluarga berhubung perkahwinannya dianggap selesai selepas mencapai persefahaman bersama.

Perkara itu diumumkan Azwan melalui hantaran di Facebooknya yang memohon maaf dan terima kasih kepada rakyat negara ini yang mendoakan kebaikannya.

Dia berkata, selepas penjelasan itu, dia berharap isu itu tidak lagi diperdebatkan secar tebuka.

“Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua. Saya juga harap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.

“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga saya. Insyaallah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini..

“Maaf juga kepada customer saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta korang dan mungkin saya bercuti dalam satu atau dua hari lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya,” katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan perkahwinan Azwan dengan seorang wanita bernama Enova yang diadakan tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Azwan membalas kepada kenyataan tersebut menerusi video ‘live’ pada Facebook selepas itu dan memaklumkan dia sebenarnya telah bernikah dengan pilihan hatinya, Enova pada 14 Oktober lalu secara senyap, namun bukan tanpa pengetahuan ibu bapa seperti yang didakwa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here