Agong boleh tolak permintaan bubarkan Parlimen

0
12
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan atau tidak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selaku ketua kepada barisan Kabinet, beliau mempunyai kuasa untuk mencadangkan pembubaran Parlimen kepada baginda.

“Sebelum ini, ia (pembubaran) tidak pernah dibincangkan secara terbuka. Dulu Perdana Menteri umum Parlimen akan dibubarkan dan ia akan dibubarkan.

“Tidak ada perkara seperti parti politik lain memberikan pandangan mereka atau cuba campur tangan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang akhbar sejurus merasmikan Majlis Idea Bina Negara (IBN) 2022 di sini hari ini.

Berdasarkan Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Sebelum ini Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ismail Sabri perlu mendapat persetujuan Kabinet untuk membubarkan Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here