Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari benam wakil Korea Selatan dalam aksi pembukaan Piala Supermokh

0
18
Saingan Piala Supermokh 2022 di AMD Gambang. Foto – NSTP/MOHD RAFI MAMAT.

GAMBANG – Skuad bawah 13 tahun (B-13) Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) Panthers bermula dengan langkah kanan apabila membelasah wakil Korea Selatan, HwaSeong 5-1 pada aksi pembukaan Piala Supermokh 2022 di AMD Gambang, hari ini.

Skuad kendalian Abd Aziz Ismail tidak menunggu lama apabila meraikan gol pertama seawal minit ke-3 menerusi Muhammad Nabil Ikhwan Mohd Zaidi.

Bagaimanapun, skuad AMD Panthers dikejutkan dengan jaringan menarik pemain lawan, Bae Yul yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Andrian Muslim Sufian pada minit ke-50.

Kebangkitan pasukan AMD Panthers bermula pada minit ke-52 menerusi jaringan Mohamad Iman Danish Mohd Shukor diikuti gol Muhamad Asmadi Muhamad Raflee, Muhammad Nabil Ikhwan dan Muhammad Alif Ashraf Mohd Abd Rahman pada minit ke-60,63 dan 69.

Bagi Abd Aziz, kemenangan sulung itu diyakini mampu meningkatkan semangat pemain untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan kemenangan yang dicatat yang akan dapat menyuntik semangat dan keyakinan diri kepada barisan pemain muda.

“Kita akan turun bertemu Buriram UTD esok dan diharapkan kemenangan kedua dapat diraih,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here