“Alhamdullilah”- Islam Makhachev juara baharu lightweight UFC, penyambung legasi Khabib

0
56
Islam Makhachev bersama tali pinggang kejuaraan selepas menewaskan Charles Oliveira di UFC 280 yang berlangsung di Etihad Arena, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu – REUTERS

ABU DHABI – Islam Makhachev muncul juara baharu divisi lightweight UFC selepas menewaskan raja lightweight, Charles Oliveira menerusi submission dalam pusingan kedua UFC 280 di sini, awal pagi tadi. 

Islam menumbangkan lawan dari Brazil itu dengan tumbukan tangan kanan dan terus mengunci Oliveira yang terpaksa menyerah kalah.

Islam juga memberi penghormatan kepada arwah bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov,  jurulatih yang membimbing mereka sebelum meninggal dunia pada tahun 2020 akibat Covid-19. 

“Tali pinggang ini sangat berat, saya selalu berdoa kepada Allah tetapi dia selalu beri lebih  daripada yang saya minta Alhamdullilah.

“Saya bekerja keras untuk detik ini, seumur hidup saya dari kecil lagi saya sudah bersedia dan Allah bagi ini kepada saya. Tali pinggang ini saya dedikasikan kepada mendiang jurulatih saya Abdulmanap Nurmagomedov,” katanya selepas perlawanan tersebut. 

Selain itu, Islam yang hanya tewas sekali dalam kariernya melebarkan rekodnya kepada 22-1 selepas memenangi perlawanan tersebut.

Dia yang dibimbing oleh rakan senegara dari Dagestan, Khabib Nurmagomedov yang sudah bersara dengan rekod 29-0 dilihat menjadi  penyambung legasi Khabib. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here