Aliff Syukri tidak serik, akan keluarkan lagu raya baharu tahun depan 

0
17
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri (tengah) kelihatan kelihatan tenang selepas tamat perbicaraan di Mahkamah Sesyen (1) Sepang di sini, hari ini. Kredit foto- Mim Fadlizal.

SEPANG – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tidak serik untuk menghasilkan lagu raya malah sudah merancang untuk mengeluarkan lagu baharu pada tahun hadapan.

Beliau yang ditemui selepas didakwa di Mahkamah Sesyen (1) di sini, atas pertuduhan memuat naik dan menghantar video bersifat sumbang di laman media sosial berkata, penghasilan video berkenaan hanya sekadar hobi.

“Doakan ya, macam saya kata saya buat ini sebagai hobi sahaja dan saya tidak sangka ia jadi sampai ke tahap ini dan biarlah benda ini berlaku dengan bagusnya.

“Saya juga nak bagi tahu doakan yang saya akan keluarkan lagu baru pada raya nanti, insya-Allah tahun hadapan.

“Saya maklumkan sekali lagi apa saya buat ini hanya hiburan semata-mata. Saya pun tidak boleh bercakap lebih sebab kes masih dalam perbicaraan,” katanya selepas ditemui pemberita setelah selesai perbicaraan di sini,hari ini.

Terdahulu, Aliff Syukri yang terkenal dengan slogan ‘Terlajak Laris’ mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan membuat dan memulakan video bersifat subang di laman media sosial pada April lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000.

“Saya minta semua orang doakan yang terbaik dan saya telah melaksanakan tugas sebagai rakyat Malaysia yang mana saya yakin badan kehakiman di negara ini akan membuat keputusan seadanya.

“Saya juga serahkan kepada kedua-dua peguam saya yang telah membantu dengan sebaiknya. Saya juga berharap rakyat Malaysia tidak membuat andaian yang bukan-bukan sebab kesalahan ini hanya saman dan biar mereka yang buat kerja,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here