Anak Dr Zulkifli Al-Bakri meninggal dunia 

0
43
bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kanan) bersama anaknya. Kredit : Facebook Dr Zulkifli.

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Dr Zulkifli dalam satu kenyataan pagi ini berkata, beliau redha dan sabar, atas pemergian anakandanya, Hammad bin Zulkifli pada jam 5.22 pagi tadi.

“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” katanya di Facebook milik beliau.

Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada mereka yang membantu anaknya menguruskan dari awal, sehinggalah ke liang lahad.

“Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad dari awal, sehinggalah ke liang lahad.

“Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad,” ujarnya lagi.

Tambah beliau lagi, solat jenazah akan dilaksanakan pada jam 9.45 pagi di Pusat Islam USIM, Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here