Aplikasi Yakin punya banyak kelebihan

0
16

CYBERJAYA – Orang ramai terutamanya pengguna Muslim diseru menggunakan kemudahan yang disediakan menerusi aplikasi Yakin kerana ia turut mempunyai pelbagai fungsi termasuk penentuan arah kiblat.

Aplikasi yang dibangunkan bersama syarikat teknologi Crescent Digital Sdn Bhd itu mempunyai pangkalan data yang merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan.

Dr. Maamor (kiri) bersama Nadzim pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Festival Halal Yakin di Malakat Mall, di sini hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman, pada masa yang sama, Yakin turut menyediakan ruangan bagi menyokong dan membantu peniaga.

“Pada masa kini, aplikasi (sebegini) satu keperluan, bukan lagi satu yg kita abaikan.

“Dalam dunia tanpa sempadan, orang ramai berlumba sediakan aplikasi kerana perniagaan yang nak dibantu akan lebih maju,” kata Dr. Maamor.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Perasmian Festival Halal Yakin di Malakat Mall, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim; dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH), Datuk Lokman Hakim Pfordten

Festival dua hari yang dianjurkan oleh PPIM bersama aplikasi Yakin itu dianjurkan khusus buat peniaga yang mahu mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka dan dalam masa yang sama membina ekosistem perniagaan yang bermanfaat.

Bagi pengguna pula, program ini merupakan platform bagi mereka melihat sendiri produk tempatan yang ada yang sememangnya mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here