Bajet 2023 akan dibentangkan semula sebelum akhir tahun

0
6

CYBERJAYA – Bajet 2023 akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat sebelum akhir tahun, kata perdana menteri interim, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu ciapan oleh agensi berita Bernama, sebentar tadi.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang membentangkan belanjawan tahunan persekutuan pada 7 Okt lepas, mengumumkan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion.

Jumlah itu mewakili peningkatan sebanyak RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan bagi 2022.

Kira-kira RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM95 bilion untuk pembangunan.

Ismail Sabri kemudian mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt, membuka laluan bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pengundian Khamis ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here