Bajet 2023: Kadar RMT dinaikkan, kerajaan peruntuk RM777 juta 

0
23
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2023 di parlimen di sini, hari ini. Kredit foto – RTM.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan kenaikan kadar program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berkuat kuasa bulan ini.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan telah menaikkan kadar RMT daripada RM2.50 kepada RM3.50 bagi Semenanjung manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, kadar RMT ditingkatkan daripada RM3 kepada RM4.

“Bagi memastikan pelajar sekolah yang susah mendapat makanan yang berkhasiat
kerajaan telah menambah baik RMT pada bajet 2020 dengan menambah bekalan susu kepada murid setiap hari.

“Bagi meneruskan program ini kerajaan telah menaikkan kadar RMT daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk semenanjung dan RM3 kepada RM4 untuk Sabah Sarawak dan Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Belanjawan 2023 di parlimen di sini, hari ini.

Tambah Tengku Zafrul lagi, sejumlah RM777 juta telah disediakan untuk program ini berbanding RM280 juta tahun sebelum ini.

“Dengan itu lebih 800 ribu murid dan 7,300 pengusaha kantin dan pembekal susu tempatan bakal menerima manfaat daripada program RMT ini,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kali terakhir kadar RMT disemak semula adalah sekitar tujuh tahun lalu pada tahun 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here