Bajet 2023: KPM sambut baik peruntukan RM2.3 bilion bagi selenggara, naik taraf sekolah 

0
22
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Mat Jidin.

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Mat Jidin menyambut baik usaha kerajaan yang memperuntukan sebanyak RM2.3 bilion bagi menyediakan ruang belajar yang kondusif bagi sekolah-sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata, sehubungan itu Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus menambah baik infrastruktur pendidikan bagi tahun hadapan.

“Kita terus ikhtiar untuk tambah baik infrastruktur pendidikan bagi tahun 2023, sejumlah RM1.1 bilion peruntukan disediakan untuk selenggara dan membaik pulih sekolah-sekolah bawah KPM.

“Peruntukan ini meningkat RM250 juta berbanding RM850 juta tahun 2022. Dengan ini, KPM akan dapat menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif untuk seluruh warga sekolah,” katanya di Facebook milik beliau hari ini.

Ujar Radzi lagi, beliau bertekad agar isu bangunan daif di sekolah seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak, dapat ditangani dengan cekap dan menyeluruh.

“Sewaktu mula menjejak kaki di KPM, saya bertekad agar isu bangunan daif di sekolah seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak dapat ditangani dengan cekap dan menyeluruh.

“Tadi diumumkan, bagi tahun 2023, peruntukan untuk bangunan daif di sekolah ditingkatkan sebanyak RM454 juta kepada RM1.2 bilion berbanding RM746 juta tahun kita akan terus ikhtiarkan yang terbaik,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.3 billion bagi menaik taraf sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut RM1.1 bilion telah disediakan untuk kerja-kerja penyengelaraan dan pembaikan sekolah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Bagi projek naik taraf sekolah di Sabah dan Sarawak pula, merangkumi sebanyak 123 projek di Sabah dan 182 projek di Sarawak.

Untuk rekod, peruntukan yang disediakan bagi menaik taraf sekolah meningkat sebanyak RM600 juta berbanding tahun 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here