Bengkel penampilan diri untuk wanita di IKTBN Sepang Sabtu ini

0
46

SEPANG – Golongan wanita di daerah ini dipelawa menghadiri bengkel penampilan diri yang diadakan secara percuma bertempat di Dewan IKTBN Sepang, pada pukul 9 pagi Sabtu ini.

Bengkel Penampilan dan Keterampilan Diri Wanita Waja anjuran bersama jenama produk kecantikan, Euphoria itu terhad kepada 300 orang peserta terawal yang mendaftar.

Antara kandungan bengkel itu termasuk kelas grooming,kelas solek, agihan sample alat solek percuma, jualan pakaian dan cabutan bertuah.

Program akan diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut :https://bit.ly/BengkelPenampilanDiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here