Berebut tempat duduk, adik maut ditikam kakak

0
93

ISKANDAR PUTERI – Seorang remaja lelaki maut selepas ditikam oleh kakaknya akibat berlaku perselisihan faham di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, mangsa dan suspek bergaduh berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang sekolah sehingga timbul perselisihan faham.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.

Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Katanya, kakak mangsa berang selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

“Suspek ditahan dan akan dipohon bagi mendapatkan perintah tahan reman.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.

“Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here