Brainy Bunch Year End Concert and Graduation berlangsung penuh meriah 

0
29
Pelajar-pelajar Brainy Bunch membaca ayat suci Al-Quran sempena Brainy Bunch Year End Concert and Graduation di sini, hari ini. Kredit foto – Najmi Zulkefle.

CYBERJAYA – Ibu bapa mana yang tidak bangga apabila melihat anak mereka menghafal ayat suci Al-Quran pada masa yang sama menamatkan pelajaran di awal usia mereka. 

Menurut Nurul Atiqah Amin,35, ibu kepada pelajar Brainy Bunch, berasa bangga melihat persembahan anaknya yang berusia lima tahun yang mengalunkan bacaan ayat Al-Quran dan melakukan tarian. 

“Alhamdulillah saya sebagai ibu berasa bangga melihat persembahan daripada anak saya yang berusia lima tahun yang membaca surah Al-Jumu’ah dengan menari. 

Nurul Atiqah Amin,35, ibu kepada pelajar Brainy Bunch. Kredit foto – Najmi Zulkefle.

“Nampak berani dan yakin di atas pentas untuk mempersembahkan persembahan yang telah diaturkan untuk majlis hari ini,”Katanya selepas menghadiri program Brainy Bunch Year End Concert and Graduation di sini, hari ini. 

Tambah Atiqah lagi, dia ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga pelajar Brainy Bunch yang menjayakan majlis hari ini dan membantu anaknya sehingga berjaya menamatkan pengjian di peringkat tadika.

“Saya ‘tabik’ dengan usaha yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar Brainy Bunch sebab dengan usia kanak-kanak mereka sangat susah untuk menghafal langkah tarian itu atau menghafal surah tapi dengan usaha mereka, anak saya berjaya dan semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi. 

Pelajar-pelajar Brainy Bunch melakukan persembahan sempena Brainy Bunch Year End Concert and Graduation di sini, hari ini. Kredit foto – Najmi Zulkefle.

Dia juga berharap anaknya akan terus bersama Brainy Bunch dan majlis seperti ini akan lebih berjaya di masa akan datang. 

Tinjauan Malakat Tribune juga mendapati ibu-bapa dan pelajar hadir ke Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seawal jam 7 pagi bagi mengikuti program tersebut. 

Sementara itu, Mohd Safwan Alwee,32, bapa kepada dua orang pelajar Brainy Bunch menyifatkan acara pada hari ini berjalan dengan lancar namun, ada perkara yang perlu diperbaiki. 

“Setakat untuk hari ini dan untuk acara sebelum-sebelum ini cara yang dijalankan berjalan dengan lancar Untuk bagi anak-anak rasa lebih gembira

Mohd Safwan Alwee,32, bapa kepada dua orang pelajar Brainy Bunch. Kredit foto- Najmi Zulkefle 

“Namun ada perkara yang boleh diperbaiki untuk acara yang akan datang yang mana dari segi pergerakan ibu-bapa yang menyebabkan mereka yang berada di belakang tidak boleh nampak kerana pandangan mereka di dihalang oleh ibu-bapa,” katanya. 

Dalam pada itu, Pengurus Divisi Brainy Bunch, Nur Aufa Syaza Shaiful Redwan, berkata, acara yang diadakan bagi Brainy Bunch cawangan Johor pada yang hari ini disertai oleh lebih 600 pelajar dari semua cawangan Brainy Bunch seluruh Johor. 

“Untuk program hari ini kita buat konsert akhir tahun disekalikan dengan majlis graduasi bagi pelajar yang berumur enam tahun ingin melanjutkan pelajaran ke darjah satu seluruh Johor. 

Katanya, dua sesi telah dijalankan bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar yang mana, bagi segi pagi melibatkan 300 pelajar dan selebihnya pada sesi petang. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here