Bursa Malaysia melonjak melebihi 1,400 mata, keyakinan pelabur terhadap Ismail Sabri semakin meningkat

0
51
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Keyakinan pelabur semakin meningkat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi penegasan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘poster boy’ atau calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Ahmad Zahid mengulangi penegasan tersebut ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Bagan Dato’ pada 16 Oktober lalu.

Jumlah dagangan di Bursa Malaysia meningkat dan indeks petunjuk pasaran melepasi paras 1,400 mata sejak empat hari lalu.

Momentum tersebut dijangka terus meningkat dengan didorong oleh pelbagai faktor.

Salah satu faktor utama ialah peningkatan prestasi Bursa Malaysia ialah keyakinan pelabur terhadap kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri yang membawa kestabilan kepada negara ini.

Mereka turut yakin dengan pengalaman yang dimiliki oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada Malaysia.

Bursa Malaysia jatu di bawah 1,300 mata pada 22 September lalu disebabkan pelbagai faktor khususnya ketidaktentuan politik dan kebimbingan kemelesetan ekonomi global pada tahun depan.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, dagangan dalam pasaran tempatan adalah optimistik dengan berhati-hati, memandangkan peningkatan dalam sentimen pasaran serantau tetapi pelabur harus kekal berwaspada berikutan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat.

“Kami percaya KLCI akan meneruskan aliran menaiknya kerana penilaian kekal murah, dan meningkatkan sasaran kami untuk minggu ini kepada julat 1,400 hingga 1,430.

“Rintangan serta-merta dikesan pada 1,430, manakala sokongan pada 1,400,” katanya kepada Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here