Cadangan pelaksanaan GST dibincang tahun depan – Tengku Zafrul

0
11
GST

KUALA LUMPUR: Cadangan pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dibincangkan tahun depan.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bergantung kepada keadaan ekonomi.

“Kita tidak mengumumkan GST dalam bajet. GST akan dibincangkan dalam Kabinet, bergantung kepada ekonomi tahun depan.

“Jadi, pada tahun ini, kita tidak membincangkannya dalam Bajet,” katanya memetik laporan BH Online selepas pembentangan Bajet 2023 hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan kemungkinan GST dilaksanakan semula selepas dimansuhkan Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.

Sistem percukaian itu diperkenal pada 2015 dengan kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang didakwa banyak ketirisan sehingga berlaku kegiatan ekonomi gelap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here