Cikgu Fadli didapati tak bersalah, dibebaskan dari 3 pertuduhan

0
54
Cikgu Fadli

KUALA LUMPUR – Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu di atas pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara sebagai tidak bersalah

Menerusi surat keputusan yang tular di laman sosial petang ini, Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Surat berkenaan ditanda tangan Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Beberapa hari lalu, Mohd Fadli mendedahkan bakal dikenakan tindakan termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana mengkritik sistem pendidikan negara.

Mohd Fadli mendakwa silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Malah dia turut menyuarakan pendapat jumlah murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang boleh memudaratkan kesihatan murid.

Malah, isu ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here