Covid-19: Singapura tidak tolak kemungkinan kembali kuat kuasakan sekatan

0
23

SINGAPURA – Singapura tidak menolak untuk kembali menguat kuasakan semula sekatan Covid-19 berikutan peningkatan kes akibat gelombang baharu jangkitan varian XBB.

Menteri Kesihatan republik itu, Ong Ye kung bagaimanapun berkata, sekatan yang dikenakan, jika ada, tidak akan “mengganggu” kehidupan rakyatnya.

Buat masa ini, jelasnya, kementerian sedang meniliti perkembangan tersebut dan tidak akan kuat kuasakan semula langkah keselematan setakat ini, termasuk pemakaian pelitup muka dalam masa terdekat.

Namun tegasnya, peningkatan kes berlaku akibat tidak melaksanakan sekatan tesebut.

Singapura masih belum mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik walaupun beberapa negara sudah melakukannya.

Justeru katanya, pihaknya akan berusaha untuk memastikan rakyatnya tidak akan berdepan dengan sekatan yang dikuat kuasakan sebelum ini sekiranya orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here