Dakwaan kemasukan ejen Mossad: Polis minta orang ramai tidak timbulkan spekulasi yang boleh kelirukan masyarakat

0
1638
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan 11 individu yang dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu merupakan suspek yang terlibat dalam kes penculikan seorang lelaki warga Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua suspek tersebut melakukan jenayah itu bagi mendapatkan maklumat mengenai perisian untuk mengodam telefon bimbit.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan dan menunggu proses sebutan semula kes pada 15 Disember ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk tidak menimbulkan spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan mengelirukan masyarakat.

Pada 14 Oktober lalu 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menculik seorang lelaki Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit bulan lalu.

Mereka yang terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita ialah Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; dan Faizull Hardey Mohd Isa, 40.

Turut didakwa, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23; Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; Nidarahayu Zainal, 34; dan Raibafie Amdan, 39.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan secara niat bersama telah menahan Omar Z.M Albelbaisy Raeda, 31, dengan cara tidak berpatutan untuk mendapatkan ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Bagaimanapun sebuah media tempatan mendedahkan bahawa penculikan itu dilakukan oleh agensi perisikan negara Israel yang didakwa bertujuan menculik seorang warga Palestin.

engerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut kerajaan agar memberikan penjelasan berhubung dakwaan pelaksanaan operasi oleh ejen perisikan Israel (Mossad) Israel di dalam negara baru-baru ini.

Sehubungan itu pelbagai pihak menuntut kerajaan agar memberikan penjelasan berhubung dakwaan pelaksanaan operasi oleh ejen perisikan Israel (Mossad) Israel di dalam negara baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here