Dok rasa macam depa nak umum petang ini

0
45
Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

KUALA LUMPUR – Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan Parlimen bakal dibubarkan pada petang ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau merasakan Parlimen bakal dibubarkan dan akan diumumkan pada petang ini.

“Dok rasa macam depa nak umum petang ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook milik beliau hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikhabarkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan, pada pagi semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau dijangka akan mengumumkan pembubaran Parlimen dalam tempoh 48 jam selepas perjumpaan tersebut.

Sebelum ini, Ismail Sabri turut menegaskan kuasa mencadangkan pembubaran Parlimen berada sepenuhnya dalam bidang kuasa Perdana Menteri dan tiada parti politik boleh mempengaruhi keputusan itu.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu lagi, pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here