Dr. M cadang SPR kenakan larangan bawa telefon bimbit ketika mengundi

0
15
DR. MAHATHIR

CYBERJAYA – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang pengundi membawa telefon bimbit semasa mengundi.

Menurut Dr. Mahathir dalam satu kenyataan hari ini, telefon bimbit didakwa boleh mengundang kebocoran rahsia pengundi dan dijadikan sebagai modal mendapatkan habuan.

“Parti boleh guna maklumat untuk sogokan. Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu turut meminta SPR memperbetulkan segala kelemahan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Jika tidak dibetulkan rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya,” katanya lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here