Dr Mahathir akan pertahan kerusi Parlimen Langkawi

0
16
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Negara di sini, hari ini. – Kredit foto: Najmi Zulkefle

PUTRAJAYA – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan bakal bertanding di Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau akan bertanding di bawah parti Pejuang dan menggunakan logo Pejuang susulan kerajaan masih belum meluluskan Gerakan Tanah Air (GTA).

Katanya, beliau tidak bertanding sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya hanya sebagai Ahli Parlimen Langkawi dan wakil rakyat. 

“Seperti mana yang kita tahu kerajaan belum meluluskan GTA bermakna gerakan tanah air tidak dapat bertanding dengan nama GTA.

“Oleh sebab itu, kita telah buat keputusan hari ini iaitu kita akan bertanding dengan nama berjuang dengan menggunakan simbol pejuang dan semua yang bersetuju dengan GTA akan bertanding dengan nama Pejuang melainkan di Kelantan. 

“Kita tidak tentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri kerana calon untuk Perdana Menteri relevan kalau kita menang sahaja,”katanya dalam satu sidang media. 

Tambah Mahathir lagi, GTA tidak akan bertanding di Kelantan dengan nama GTA sebaliknya akan bertanding dengan nama lain iaitu parti Putra. 

“GTA tidak akan bertanding di Kelantan dengan nama GTA sebaliknya dengan nama parti Putra yang akan bertanding di Kelantan, tetapi parti Putra ini adalah satu parti yang membuat keputusan untuk bertanding di Kelantan sahaja,” ujarnya lagi. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang turut dihadiri Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here