Dua ban pecah di Tanjong Karang cetus banjir kilat

0
50
ANTARA kawasan di Tanjong Karang yang terjejas susulan kejadian ban pecah, hari ini. FOTO Ihsan Bomba

KUALA SELANGOR – Dua ban di mukim ini disahkan pecah menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi termasuk pekan Tanjong Karang pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dua lokasi yang terjejas itu adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.

Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 7 pagi menyebabkan limpahan air yang naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.

“Pada masa sama, paras air di sekitar lokasi berada pada kedalaman antara 0.3 meter (m) hingga 0.9 m,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

ANTARA kawasan di Tanjong Karang yang terjejas susulan kejadian ban pecah, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANTARA kawasan di Tanjong Karang yang terjejas susulan kejadian ban pecah, hari ini. FOTO Ihsan Bomba

Bagaimanapun katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini dan pihaknya telah mengarahkan anggota untuk membuat pemerhatian.

“Pihak bomba akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Gambar dan video yang memaparkan banjir kilat di mukim ini tular pagi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here