DUN Pahang dibubar hari ini – Wan Rosdy

0
5
DUN Pahang

KUANTAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan berkuat kuasa hari ini, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, beliau telah menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan perkenan pembubaran DUN itu.

Beliau berkata, selaras dengan Fasal (2) Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Tengku Hassanal telah berkenan agar DUN Pahang Ke-14 dibubarkan berkuat kuasa pada hari ini.

“Tarikh hari ini dipilih bagi membolehkan pembentangan serta perbahasan mengenai Belanjawan 2023 Negeri Pahang disempurnakan terlebih dahulu, sekali gus mendapat kelulusan untuk dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan semua anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here