Farid Kamil puji minyak enjin Malakat Lubricant, tawar peluang penjenamaan dalam filem

0
50
Farid Kamil

CYBERJAYA – Pengarah dan juga pelakon popular, Farid Kamil sedia membuka peluang kepada pemilik-pemilik produk tempatan untuk membina jenama melalui kerjasama di dalam filem arahannya.

Pemilik FKX Film itu berkata, tawaran penjenamaan atau sebarang bentuk kerjasama itu sentiasa terbuka malah dinanti-nantikan pihaknya.

Katanya, industri perfileman yang semakin rancak berkembang di negara ini menawarkan platform yang cukup berkesan untuk diterokai khususnya melalui ‘penempatan produk’.

Namun katanya, tidak ramai pemilik produk atau jenama yang mahu meneroka potensi itu kerana lebih tertumpu kepada saluran media sosial sedangkan di luar negara, saluran penjenamaan itu amat popular.

“Sebagai penerbit filem saya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana produk atau jenama tempatan untuk dimasukkan dalam filem sekaligus meneroka pasaran yang lebih luas,” katanya selepas penggambaran video promosi Malakat Lubricant di Malakat Mall, baru-baru ini.

Video bertemakan filem Remp-it2 arahan Farid yang bakal ditayangkan pada 24 November itu menampilkan Cat Farish, Black Hanafiah dan Pengasas Kumpulan Malakat Eco. Mohd Fadzil Hashim.

Antara produk minyak enjin keluaran Kumpulan Malakat Eco.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, suami kepada Diana Danielle itu memuji langkah kumpulan Malakat yang berani tampil dengan produk minyak pelinciran enjin jenama sendiri.

“Saya memang menantikan produk dan teknologi orang kita apatah lagi ia berkait dengan dunia pemotoran.

“Bila dapat tahu Malakat Mall ada mengeluarkan minyak pelincir, saya rasa ini peluang yang baik untuk kami terokai bersama, khususnya dalam filem atau perlumbaan akan datang,” katanya.

Malakat Lubricant merupakan minyak berteknologi tinggi keluaran Malakat Eco yang memberi kelancaran enjin.

Produt ini boleh didapati di Malakat Mall dan juga Malakat AutoCity. Maklumat lanjut boleh diperolehi di Facebook Malakat Auto City.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here