Festival Halal Yakin: Set barang makanan asas hanya RM50

0
35

CYBERJAYA – Pengunjung yang hadir pada Festival Yakin Halal (FYH) di Malakat Mall pada hari ini dan esok berpeluang membeli set barang makanan asas pada harga RM50 sahaja.

Set tersebut mengandungi satu paket beras 5 kilogram (kg), gula 1kg, garam, biskut, bihun, seekor ayam, minyak masak 1kg, teh dan sebotol cili sos.

Menurut Pegawai Pengurus Prestasi Malakat Mall, Nurul Ashikin Abdul Hamid, jualan ini hanya terhad pada 300 pelanggan pertama, dan hanya boleh didapati di sepanjang penganjuran FYH sahaja.

“Jualan ini kita adakan bagi menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong kami.

“Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan tawaran istimewa ini, hanya pada hari ini dan esok,” kata Nurul Ashikin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here