Fifa tidak hukum Indonesia – Jokowi

0
11

JAKARTA – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) tidak akan mengenakan hukuman kepada Indonesia susulan insiden Stadium Kanjuruhan yang meragut 125 nyawa, minggu lepas.

Laporan portal Kompas menyebut, Presiden Indonesia, Joko Widodo sebagai berkata, perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Fifa, Gianni Infantino menerusi sepucuk surat kepadanya.

“Berdasarkan surat tersebut, Alhamdulillah, bola sepak Indonesia tidak dikenakan sanksi oleh FIFA,” kata Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi dalam satu kenyataan.

Jokowi turut memberitahu, Infantino akan melawat Indonesia pada bulan ini atau November depan.

Katanya lagi, Indonesia, FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan bekerjasama mentransformasikan arena bola sepak negara tersebut.

Antara isu yang akan diberi perhatian termasuk jadual pertandingan, standard keselamatan stadium, prosedur operasi standard keselamatan serta sesi libat urus bersama pakar, kelab dan wakil penyokong.

Dalam kejadian pada 1 Okt lepas, sebanyak 125 penonton bola sepak terbunuh akibat insiden yang dicetuskan oleh kekacauan penonton selepas perlawanan di antara Arema FC dengan Persebaya Surabaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here