Gagal bayar pampasan, senarai hitamkan ahli lembaga pengarah Utusan – gesa MTUC

0
321
Bangunan Utusan

CYBERJAYA – Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap ahli lembaga syarikat Utusan Melayu (M) Bhd yang terlibat dalam penutupan syarikat dan gagal membayar pampasan kepada bekas pekerja.

Menurut MTUC dalam satu kenyataan, mereka yang terlibat dalam menganiaya bekas pekerja itu perlu diharamkan pendaftaran sebagai ahli lembaga untuk syarikat lain.

“MTUC amat kecewa dan menyelar pihak pengurusan Utusan yang tidak mengambil tahu dan lepas tangan mereka atas keadaan bekas pekerja mereka sehingga ada antara mereka yang menderita akibat kesan penutupan syarikat.

“Membiarkan bekas pekerja berjuang untuk mendapatkan pampasan daripada syarikat Utusan,jelas menunjukan keperibadian ahli lembaga pengarah syarikat yang rosak dan tidak layak untuk menguruskan syarikat.

“MTUC mengsyorkan kepada kerajaan supaya ahli lembaga yang terlibat dalam penutupan syarikat dan gagal membayar pampasan kepada bekas pekerja di haramkan pendaftaran sebagai ahli lembaga untuk syarikat lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, MTUC juga bersetuju dengan kenyataan daripada Tan Sri Johan Jaafar bekas Ketua Pengarang Utusan bahawa bekas kakitangan perlu di bayar segera pampasan.

“MTUC ingin mengingatkan syarikat bahawa pembayaran pampasan adalah tanggungjawab yang perlu di tunaikan setelah bekas pekerja meyumbangkan tenaga dan masa muda mereka untuk keuntungan syarikat sehingga dapat membeli aset -aset hartanah yang berjumlah jutaan ringgit.

“Pengumuman Perdana Menteri melantik pekerja dalam ahli lembaga pengarah dalam syarikat adalah untuk menjaga kebajikan pekerja dalam sebarang keputusan adalah langkah yang baik dalam tadbir urus syarikat.

“MTUC mahu kepentingan dan kebajikan pekerja perlu di utamakan oleh mana-mana syarikat yang di gulungkan. Kerajaan perlu membuat pindaan terhadap Akta Syarikat,Akta Kerja 1955 dengan memasukkan kewajipan syarikat menjaga kebajikan bekas pekerja,” ujarnya.

Menurut MTUC agi, isu kegagalan syarikat membayar pampasan kepada pekerja adalah isu yang menjadi mimpi buruk kepada MTUC.

Katanya, perjuangan MTUC terhadap syarikat Perwaja yang mengambil masa sehingga tujuh tahun bagi pembayaran adalah penderitaan yang panjang untuk kaum pekerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here